Kedua-duanya yang mengikat pertunangan pada 7 September lalu merancang bernikah dalam tahun ini.
Bagaimanapun bila tarikh majlis berlangsung masih dirahsiakan dan jelas Erra mahupun Engku Emran kad undangan bakal diedar selepas Aidilfitri nanti.
Ketika ditemui di majlis kutipan derma Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir Sik, Kedah anjuran pelakon, Umie Aida, Engku Emran memberitahu wakil media majlis mereka bakal berlangsung dua minggu selepas Syawal (iaitu 22 atau 23 November).
"Sekarang ini persiapan untuk perkara asas seperti hantaran. Baju yang akan dipakai untuk majlis akad nikah dan sebagainya sudah pun disiapkan lebih awal.
"Selain itu kami juga sedang menyiapkan senarai tetamu yang mahu dijemput untuk majlis persandingan nanti.
"Majlis pernikahan dan persandingan ini kami rancang untuk diadakan secara sederhana. Sama seperti majlis yang dibuat pasangan lain. Apa yang lebih penting bagi saya adalah perkara yang wajib dan afdal," katanya.
Walaupun majlis dirancang hampir tiba tetapi bagi Engku Emran mahupun Erra mereka tidak berasa gusar kerana banyak pihak turut membantu.
"Saya sendiri bertuah kerana ahli keluarga lain turut menolong menyediakan segala persiapan diperlukan. Majlis persandingan kami akan diadakan dalam dewan dan bukan di rumah," katanya.
Mengenai tempoh pertunangan dilalui, Engku Emran menjelaskan setakat ini dia mahupun Erra tidak menghadapi dugaan besar.
"Kalau setakat merajuk-merajuk itu adalah. Biasanya Erra yang kuat merajuk dan saya pula kenalah pandai-pandai memujuk. Kalau hendak bercakap dengan Erra kena elok-elok sebab dia sensitif.
"Saya memang tegas tetapi pada tempat yang perlu. Selalunya apabila Erra merajuk saya biasanya beri dia ruang untuk bersendiri dan kemudian baru saya pujuk," katanya.
Mengenai sambutan raya tahun ini, jelas Engku Emran, dia tidak nafikan berasa seronok kerana dapat menyambut Aidilfitri bersama tunang tersayang.
"Tahun ini saya akan beraya di kampung sebelah ibu di Masjid Negeri, Pulau Pinang. Begitupun Erra tidak ikut sama kerana sudah tentu dia mahu menyambut hari raya bersama keluarganya.
"Begitupun saya akan tetap beraya bersama Erra sebaik saja saya pulang dari sana. Dan tidak dinafikan kami cuba menggunakan peluang menyambut hari raya ini untuk mengunjungi sanak saudara di samping melayangkan kad undangan perkahwinan," katanya.
Google Sponsor
Posted:
Thu Oct 11, 2007 11:04 am
izwani_nirl WebKL Beginner
Joined: Sep 30, 2007
Posts: 83
Location: kay el
Posted:
Mon Oct 15, 2007 9:13 am
Raymee wrote:
sejak kes hans tuh.. den kurang dah minat era nih..
ntah..aku dari dulu mmg tak minat sgt...skng ni mmg aku tak suka lgsg...tapi aku kagum, muka die lawo....perfect as a woman....
rozi249 WebKL Beginner
Joined: Dec 17, 2005
Posts: 96
Posted:
Mon Oct 15, 2007 4:32 pm
emm,aku memang x brapa minat ngan minah sekor ni,muka aje nmpak baik,tapi hiprokrit uuuuuu....eihhh yekk...
pinklady2002 WebKL Junior
Joined: Mar 14, 2006
Posts: 687
Location: KL
Posted:
Thu Oct 18, 2007 12:03 pm
izwani_nirl wrote:
Raymee wrote:
sejak kes hans tuh.. den kurang dah minat era nih..
ntah..aku dari dulu mmg tak minat sgt...skng ni mmg aku tak suka lgsg...tapi aku kagum, muka die lawo....perfect as a woman....
tPi daH tRCemar NgaN boTox! .. daH x OrI caNtik .. naK ikUt sGt sTYLe besPren dIA tu ..
pinklady2002 WebKL Junior
Joined: Mar 14, 2006
Posts: 687
Location: KL
Posted:
Tue Oct 23, 2007 2:43 pm
sI eRra cOnPoM nIkaH 25Hb nIe mLM kaT masJid TTDi tmPt dIa nIkaH dLU. xDe aCara saNdiNg berInaI .. cuMe maJLis mKn2 caM tu j. kaTenya naK kaN keSedeRhaNaaN tUK maJlis PerKaHwInan ErRa yG kaLI k 2 nI.
maJLis bRsaNdinG aKn diBuaT dIrUMaH LeLakI sBB aLMakLUm si eMran tU bUJanG n naKLah RsA naIk pELamIN.
waT eRra n EmrAn .. sEmOga beRkeKaLan seHInGga ke uJUng nYaWa. JaDiKaNLah PenGaLamaN dLU 1 penGAjaRan. tUK eRra .. uDah2LaH kejAr pOpULaRiTi .. tuMPukaN pErhAtIan pd rMhTanGGa. mKn mInuM sI eMraN tu JagA2Lah. x Yah Lah naK jaGA boDy .. takUt naK mGandUng! (x Sure Leh brAnak k x? )
wafa WebKL Junior
Joined: Aug 23, 2007
Posts: 147
Location: ptjy
Posted:
Tue Oct 23, 2007 3:26 pm
amboi laser lah pulak si pink ni...
pinklady2002 WebKL Junior
Joined: Mar 14, 2006
Posts: 687
Location: KL
Posted:
Thu Oct 25, 2007 4:34 pm
TENTUNYA ketika ini debaran pasangan Erra Fazira dan Engku Emran Engku Zainal Abidin makin kencang menantikan detik mereka disatukan sebagai suami isteri malam ini.
Walaupun ini pernikahan kedua Erra, SS pasti debarannya tetap hebat seperti yang pertama dulu.
Cuma kali ini, SS nampak Erra lebih bersederhana berbanding perkahwinannya sebelum ini.
Kalau tidak takkan majlis pada 2003 dulu disebut-sebut sepanjang tahun sebagai wedding of the year.
Kalau dulu Erra bersanding bersaksikan peminatnya di Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak, Cheras kemudian majlis gilang-gemilang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kali ini Erra hanya melakukan yang wajib saja.
Tapi pihak lelaki turut mengadakan majlis menyambut menantu pada 3 November nanti. SS difahamkan, kad cantik dari pihak Emran sudah dilayangkan kepada rakan media.
Sebagaimana lokasi pernikahan, Emran juga meminta jasa baik media tidak menyiarkan lokasi majlis diadakan.
Apa yang pasti, semua pihak yang menjayakan majlis pernikahan malam ini sibuk membuat persiapan.
Paling sibuk tentulah perancang majlis perkahwinan, Pak Abu. Begitu juga mereka yang bertanggungjawab menyediakan makanan.
Walaupun Erra mengatakan serba sederhana, SS yakin ia tetap gah. Maklumlah, pernikahan Ratu Filem Melayu.
SS tidak pasti pula baju rekaan siapa yang jadi pilihan Erra. Mungkin baju rekaan Jovian Mandagie, Radzuan Radziwill, Butik Citra atau Butik Cosry.
SS dengar Pengarah Urusan SRC, Tan Su Loke bergegas balik dari China atas urusan kerana tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan detik bersejarah Erra.
Maklumlah, Erra kan anak harapan terbaru SRC selepas Erra bersetuju menjadi keluarga SRC, baru-baru ini.
SS doakan perkahwinan Erra kali ini berkekalan dan Erra cepat-cepat bergelar ibu.
pinklady2002 WebKL Junior
Joined: Mar 14, 2006
Posts: 687
Location: KL
Posted:
Fri Oct 26, 2007 12:23 pm
luvflowerpot WebKL Junior
Joined: Oct 04, 2007
Posts: 148
Location: sentul, kl
Posted:
Fri Oct 26, 2007 12:35 pm
Tahniah utk Erra Fazira n Emran.....doa semoga depa bahagia hingga ke ujung nyawa.
Erra mmg cantik, body cantik tapi sayang jutaan kali sayang perangai dia x bopa nak berkenan sbb plawer penah jumpa face 2 face.
Plawer mmg x berkenan gak kat cara berpakaian si Erra ni...ada majlis pa2 pun yg dia mai Plawer tgk pakaian dia paling serabut x kemas langsung.
Kalau la kat M'sia ni ada majalah yang wat undi sapa artis berpakaian paling selekeh cam kat negara barat nu agak2nya nama Erra tersenarai la kut.
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum