nIe pIcs FaMiLy ErRa sBLaH maK dIa. dGar ciTe FaMiLy sbLaH sG. cHoH x dTg .. BoIkot! dgR cIte dePa keCik haTi nGan maK eRra .. mOre InfO kEna tNYe InfoRmeR ..
Google Sponsor
Posted:
Wed Sep 12, 2007 4:45 pm
ElyndaIzan Ketua Pengendali
Joined: Mar 24, 2004
Posts: 8125
Posted:
Wed Sep 12, 2007 4:49 pm
kiranya dia kawen hujung thn ni lah yekk sbb 3 bulan je
pinklady2002 WebKL Junior
Joined: Mar 14, 2006
Posts: 687
Location: KL
Posted:
Wed Sep 12, 2007 5:06 pm
aKU dPt InfO dRi suMbeR2 yG LeH dIPerCaYai yG si eRra nGan sI eMraN ni Nak nIKah 1 wEek aFteR raYa .. tPi bLum adE kaTe PutUs dRi dePa2 ni LgI. nnTi aGak2 aKU dPt iNfo tRaWaL akU rOger2 dLM fOruM nI.
PicS eRrA dOK tEmPah baJu nGan sI jOvIan. Lps nI aKu x rsA sI eRra dPt spOnsor bYk cAmmE dIa KaWin NgaN sI YusRy.
pinklady2002 WebKL Junior
Joined: Mar 14, 2006
Posts: 687
Location: KL
Posted:
Wed Sep 12, 2007 5:32 pm
“SYUKUR kerana semuanya selesai,” ujar Tok Puan Salmah Abu Bakar, ibu Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Datuk Engku Zainal, apabila majlis pertunangan anak lelakinya dengan pelakon dan penyanyi Erra Fazira, 33, selamat dijalankan, Jumaat lalu.
Terpikat kelembutan Erra, Salmah mengakui hanya mengetahui hubungan cinta antara Erra dan Emran selepas membacanya menerusi akhbar.
“Mengenai percintaan dan bila mereka bertemu, samalah seperti apa yang diberitahu kepada pihak media. Bila Emran membawa Erra bertemu dengan saya dan berapa kali pula bertemu sebelum kata putus membabitkan keputusan diambil untuk menyatukan mereka, biarlah ia menjadi rahsia keluarga,” katanya.
Kata Salmah, dia tertarik dengan sikap Erra yang amat merendah diri dan pandai mengambil hati orang tua menyebabkan beliau sekeluarga merestui hubungan mereka.
“Pada saya, Erra memiliki peribadi lengkap untuk bergelar isteri kepada Emran. Doakan agar pertunangan hari ini berpanjangan ke jinjang pelamin dan seterusnya bahagia ke akhir hayat,” katanya.
Pada majlis pertunangan itu wakil Erra menyerahkan kepada pihak lelaki untuk menetapkan tarikh pernikahan dan persandingan. Apabila perkara itu diajukan kepada Salmah, dia hanya menjelaskan ia akan berlangsung dalam waktu terdekat.
Sementara itu, Salmah menafikan sebelum ini sering mendesak Emran agar cepat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati. Bagaimanapun, ibu Emran tidak menafikan sedikit teruja kerana bakal menerima menantu wanita pertama dalam keluarganya.
Sementara itu Erra berkata, memang benar sebelum ini selepas berpisah dengan bekas anggota kumpulan KRU dan kini bergelar pengarah, Yusry Abdul Halim, dia tidak mahu terburu-buru mencari pengganti.
“Saya sendiri tidak pernah mendesak diri untuk mencari teman hidup, tetapi apa yang berlaku sekarang ini datang dengan sendiri. Apabila bertemu dengan Emran dan dia melamar, hati saya terus terbuka untuk menerimanya.
pinklady2002 WebKL Junior
Joined: Mar 14, 2006
Posts: 687
Location: KL
Posted:
Wed Sep 12, 2007 5:34 pm
sOsEh - SoSeh : ErRa PerLu beRkOrBan.
JAM 4 petang Jumaat lalu, termeterailah ikatan pertunangan di antara pelakon dan penyanyi Erra Fazira dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin.
Ketika itu tumpuan seluruh masyarakat Malaysia tentunya kepada siaran langsung Bajet 2008 yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di semua stesen televisyen.
Namun, majlis pertunangan Erra di rumahnya di Damansara, berlangsung dalam suasana serba sederhana dan aman tanpa sebarang masalah.
Walaupun media dimaklumkan majlis bermula jam 4 petang, segala perbincangan kedua pihak sudah selesai kira-kira jam 4 petang kerana rombongan keluarga Emran tiba lebih awal.
Jika pertunangannya dengan Yusry Abdul Halim pada 3 Mac 2003 dulu menyaksikan kedua pihak menetapkan wang hantaran RM33,333.33 sempena tarikh pertunangan 3.3.03, kali ini Erra begitu tulus, hanya meminta senaskah al-Quran.
Tuan rumah juga menyambut kehadiran media dengan baik hingga segala urusan temubual berjalan lancar. Ibu bapa Emran, Datuk Engku Zainal Abidin Engku Ngah dan Tok Puan Salmah Abu Bakar juga memberi layanan baik. Begitu juga pengurus Erra, Syed Abu Bakar.
Mungkin Syed serik dirinya sering dipersalahkan wartawan apabila mengendalikan majlis untuk Erra hingga ada saja yang tidak kena. Paling hebat dikecam, tindakannya mengundang beberapa wartawan yang disifatkan rapat dengan Erra dalam satu pertamuan untuk memberi peluang kepada Erra menjelaskan kontroversi cinta tiga segi di antaranya dengan Hans Issac dan Engku Emran yang hangat diperkatakan peminat, dua bulan lalu.
Malah, sehari sebelum itu, ketika sidang media mengumumkan berita pertunangan Erra-Emran di Starhill, ada juga berlaku cerita di belakang. Paling ketara, lokasi dipilih tidak sesuai kerana wartawan tidak dapat mendengar butir kata Emran dengan jelas disebabkan ketiadaan mikrofon.
Alasan Syed, ia bukan sidang media tetapi sekadar borak-borak sambil minum teh. Apapun alasannya, kalau ia sesuatu pengumuman penting, ia seharusnya diuruskan secara profesional bukan sekadar borak-borak.
Saya teringat majlis sidang media yang diadakan Siti Nurhaliza (Datuk) pada Julai tahun lalu untuk mengumumkan berita pertunangannya dengan Datuk Khalid Mohd Jiwa. Suasana ketika itu sesak dengan kehadiran lebih 100 wakil media hingga sukar untuk wartawan melontarkan soalan walaupun mikrofon disediakan.
ila_kc WebKL Senior
Joined: Aug 22, 2007
Posts: 1312
Posted:
Thu Sep 13, 2007 12:34 pm
Yusry lg ensem dr emran.
wafa WebKL Junior
Joined: Aug 23, 2007
Posts: 147
Location: ptjy
Posted:
Thu Sep 13, 2007 1:24 pm
ila_kc wrote:
Yusry lg ensem dr emran.
apa-apa pun kejujuran lebih penting dlm soal ni
kemat_hassan WebKL Senior
Joined: May 21, 2006
Posts: 1511
Location: 38° 57' 6.5" N 77° 8' 44" W
Posted:
Fri Sep 14, 2007 9:25 am
good luck la emran...
kapok WebKL Beginner
Joined: Aug 25, 2007
Posts: 59
Posted:
Wed Oct 03, 2007 4:38 am
kalau dah suka dan cinta xboleh buat apeerr......aku x beran nak komen!!! cinta itu buta
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum