KUALA LUMPUR 29 Ogos Penyanyi dan pelakon Erra Fazira akan mengikat tali pertunangan dengan Ketua Pegawai Operasi Suria.FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin minggu depan.
Utusan Malaysia difahamkan, pasangan ini akan bertunang pada Jumaat depan di kediaman ibu Erra, Azizah Zaik di Damansara, Selangor.
Menurut sumber, pasangan itu memilih untuk bertunang setelah hubungan mereka mendapat restu keluarga masing-masing.
Tarikh berkenaan juga dipilih sebagai mengambil keberkatan kemuliaan bulan Syaaban menurut kalendar Islam.
Hubungan Erra dan Engku Emran mula diperkatakan umum semenjak Jun lalu setelah aktor Hans Isaac membuat pendedahan mengenainya.
Menurut Hans, hubungannya dengan Erra berakhir kerana pelakon jelita itu memilih Engku Emran sebagai pasangan atas restu ibu aktres berkenaan sendiri.
Jun lalu, Engku Emran dalam satu sidang akhbar pula tidak menafikan hubungan istimewanya dengan Erra yang pada ketika itu baru saja di peringkat mengenali hati budi.
Erra ketika dihubungi bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut mengenai tarikh pertunangan ini.
Insya Allah segalanya akan berjalan dengan baik. Erra akan bagi tahu apabila masanya sudah sampai, katanya yang pada masa ini sedang sibuk menjalani proses penggambaran semula filem Anak di lokasi.
Baik Erra mahupun Engku Emran sebelum ini mengambil keputusan mendiamkan sahaja kisah percintaan mereka kerana tidak mahu terlalu digembar-gemburkan di media.
Malah, Erra lebih selesa seandainya majlis pertunangan dan perkahwinannya akan datang dijalankan secara sederhana sahaja.
Pihak keluarga juga akan menetapkan tarikh perkahwinan pasangan ini di majlis pertunangan itu nanti.
Google Sponsor
Posted:
Thu Aug 30, 2007 10:12 am
jes WebKL Junior
Joined: Feb 26, 2004
Posts: 388
Posted:
Thu Aug 30, 2007 10:17 am
huhh...elok la kak erra ..lagi cepat lagi baik...
pinklady2002 WebKL Junior
Joined: Mar 14, 2006
Posts: 687
Location: KL
Posted:
Thu Aug 30, 2007 10:28 am
hUPfULLy nIe PerKaHwINaN eRRa yG teRAkHiR .. jGn LaK nnTi dAh KawIn sTiLL aCtINg LikE sAhaM tiNGGi n tHOt daT rMaI jaNTan sTiLL naK kan dIa. n bIle PeRaSaaN rIak n BanGGa aDe dLM hati .. mKa mUncUL sCandAL bRu dLM idUP! naK biLe naK ceRai NntI mULa LaH cKP x sePAdaN x sEhatI x SeJiwa!
wELL aPe2 Pun LPs Ni ... maRi kIta tGOk sApa yG keNA.
wafa WebKL Junior
Joined: Aug 23, 2007
Posts: 147
Location: ptjy
Posted:
Thu Aug 30, 2007 3:03 pm
kecantikan tak kekal lama...
Raymee Pengendali
Joined: May 23, 2006
Posts: 6305
Location: dalam zooo
Posted:
Thu Aug 30, 2007 3:05 pm
sejak kes hans tuh.. den kurang dah minat era nih..
syam_nisa WebKL Junior
Joined: Aug 21, 2007
Posts: 381
Location: Atas kerusi,dpn PC
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum