WebKL.Net - Your Online Community
Xpaid
HomeDownloadAccountForum Advertising GameLyricPhoto Video
   
iKlan@WebKL
WebKL Panel
Our Panel
Home
 Your Account 
 Stories Archive
 Search
 Members List
Journal
 Columnist
 Tell Your Friend

 Sumbangan Anda
 Send Link 
 Send Lyric
 Send Article 
 Send Comment
 Submit Event

 Komuniti
 Forum
 Profile
 Borak

 Perkhidmatan
 Pengiklanan
Radio
E-Foto
Lirik Lagu
Web Links
Games
E-Card
Quran Online

KL Menjerit
Shout History   

Only Registered Users can Shout
Create/Login
Powered By
"Web Hosting Starting from RM20/year"




WebKL.Net - Your Online Community: Forums

WebKL.Net :: View topic - Penderaan ke atas wanita
 Forum FAQ  •  Search  •  Memberlist  •  Usergroups   •  Register  •  Profile  •  Log in to check your private messages  •  Log in

 
Post new topicReply to topic
View previous topic Log in to check your private messages View next topic
Author Message
ElyndaIzan
Ketua Pengendali
Ketua Pengendali


Joined: Mar 24, 2004
Posts: 8243
Location: KL

PostPosted: Mon May 05, 2008 9:02 am Reply with quoteBack to top

Assalamualaikum..

Berat sikit tajuk topik kita ni..actually malam tadi aku baru saja habis baca sebuah buku mengenai penderaan terhadap isteri..sempat lagi baca buku cerita tu..khamis ni ada exam buku exam pun x habis ulangkaji lagi..hehe..anyway cerita tu memang menyedihkan sampai meleleh jugaklah air mata aku..walaupun ianya hanyalah sebuah kisah rekaan..

beberapa minggu lepas juga aku ada mendengar cerita drpd officemate aku ttg kawan baik dia yg di dera suami sendiri..kisah dia mmg menyayat hati..bukanlah tujuan aku utk mengaibkan sesiapa tapi baik kalau kita ambil kisah ini utk di jadikan iktibar..terutamanya utk kaum lelaki...okla aku cerita seringkas mungkin..

diaorg berkahwin atas dasar cinta..kawan pun lama..dr masa belajar dekat U lagi...lelaki ni family background dia mmg bagus..anak org baik-baik, alim dan org kata berharta jugakla..ada bisnes sendiri..belajar pulak sampai ke mesir..bab agama ni bagus sgt la...mulanya hubungan diaorg tu baik-baik aje..tapi lepas aje isteri dia blk rumah semula lepas pantang kat kampung hampir 2 bulan tu suami dia mula buat perangai..

boleh kata selalu sangat kene tempeleng, sepak terajang tu jadi mainan la..tapi lepas tu minta maaf..mintak ampun...esoknya dia dera lagi....pernah sampai satu tahap suaminya tu boleh kurung dia dan anak ..berhari-hari x bagi keluar..cuma balik bila nak hantar makanan saja..lepas tu dia kunci & siap mangga sekali pagar semua..kunci tu dia bawak pergi...kalau lah terjadi apa-apa masa tu..kebakaran ke apa..mmg rentung dlm rumah lah 2 beranak tu..

satu hari tu suami dia terleka kunci main letak je..waktu tu pulak tgh tido..cepat2 dia ambik anak dan keluar dr rumah tu sehelai sepinggang...dia call kawan baiknya.. kemudian kawan tu yg uruskan dia utk blk kg..sebelum ni dia penah mengadu kat mak & abg pasal suaminya ni..tapi diaorg tak percaya..diaorg salahkan dia..tapi bila dah tgk muka dan satu badan lebam dgn blk kg sehelai sepinggang je barulah keluarga dia percaya..

suami dia merayu2 nak dia blk rumah blk..tapi dia nak bercerai...mulanya suami dia tu x mau lepas jugak, tapi dia ugut akan report polis...akhirnya terpaksa setuju utk ceraikan isteri dia tu..mungkin itu penyelesaian yg terbaik ..so kita sama-samalah doakan kesejahteraan dia dan anaknya..

Kadangkala wanita ni tak tahu hak-hak dia...kebanyakannya yang tak mahu mengadu dan minta bantuan tu sebab perasaan malu yg menebal..tak mahu dikatakan membuka pekung di dada..cerita dlm kain pun nak cerita dgn org...persepsi mcm tu yg selalu menghantui..seharusnya kaum wanita masa kini mengambil tahu hak dan kepentingan mereka supaya tidak di tindas oleh suami sendiri

Di dlm Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (Akta 521) ada menyebut..

"Keganasan rumahtangga" ertinya perlakuan mana-mana perbuatan yg berikut...

Arrow secara sengaja atau dgn disedari meletakkan, atau cuba meletakan mangsa itu dlm keadaan ketakutan kecederaan fizikal

Arrow menyebabkan kecederaan fizikal kpd mangsa itu dgn perbuatan yg diketahui atau yg sepatutnya diketahui akan mengakibatkan kecederaan

Arrow memaksa mangsa itu dengan paksaan atau ancaman utk melakukan apa-apa kelakuan atau perbuatan, berbentuk seksual ataupun selainnya, mangsa itu berhak tidak lakukan

Arrow mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan

Arrow melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan kpd harta dgn niat utk menyebabkan atau dengan disedari bahawa ia berkemungkinan menyebabkan kesihana atau kegusaran kepada mangsa itu..

ok itu sedikit maklumat yg tercatat dlm Akta 521..jadi nasihat aku..hati-hati memilih pasangan..sungguhpun luarannya nampak ideal dan sempurna belum tentu ia menjamin kesejahteraan hidup..dan utk kaum wanita yang berhadapan dgn masalah ini..jgn terus menunggu..dapatkan bantuan segera sebelum terlambat.
View user's profileSend private messageSend e-mailYahoo Messenger
Google
Sponsor





PostPosted: Mon May 05, 2008 9:02 am Back to top

kl-gurl
Pen. Ketua Pengendali
Pen. Ketua Pengendali


Joined: Sep 16, 2002
Posts: 7115
Location: KL

PostPosted: Mon May 05, 2008 10:01 am Reply with quoteBack to top

Assalamualaikum,

citer psl kurung2 ni, aku tingat opismate aku dulu...kitorg mmg sedia maklum ngan pangai suami dia sbb dia sll citer...pemalas..dpt plak bini bekerja, lg aaa dia memain...

1 hari tu, kwn aku ni 3 hari x dtg keje...aku sms x reply, aku cll x angkat...pas tu aku dpt sms dr dia..kata laki dia kurung kt rumah..kunci disorok...hp tu pon kwn aku sorok2 je guna...laki dia duk rumah tido...kitorg takut jd apa2 kat dia ngan anak dia, kitorg bgtau hr..pas tu hr bwk kitorg ke balai polis buat report...aku pon cite aaa apa yg kwn aku ni penah citer...gaduh, tendang2, even laki dia penah baling mangkuk kaca kt dia...

pas tu, mlm tu, polis dr balai mana ntah cll aku...diorg gi rumah kwn aku ni, kwn aku ni leh kata..'x der apa2, anggap je la salah faham'...aku time tu rasa mcm nk belasah je kwn aku tu..dia lg nk backing suami dia...

seminggu pas tu aku dgr, kwn aku ni buat tuntutan cerai....x lama pas tu, x jd cerai sbb dia nk bg peluang kt suami dia....aku doa sgt2 suami dia tu berubah...
View user's profileSend private messageYahoo Messenger
laziaf81
WebKL Senior
WebKL Senior


Joined: Nov 18, 2004
Posts: 3886
Location: dekat-dekat ajer....

PostPosted: Mon May 05, 2008 11:01 am Reply with quoteBack to top

kl-gurl wrote:
pas tu, mlm tu, polis dr balai mana ntah cll aku...diorg gi rumah kwn aku ni, kwn aku ni leh kata..'x der apa2, anggap je la salah faham'...aku time tu rasa mcm nk belasah je kwn aku tu..dia lg nk backing suami dia...



kes mcm gini slalu jadik.......
laki dah hentam,blasah x hengat donia....tp, bila org nak tolong,polis nak tolong.....cakap gaduh sikit2 ja, salah paham ja.....

bini mmg sayang sgt kat laki........
yg laki tuh perangai mcm natang...x sedor diri....
Confused Confused Confused

hargai & sayangi la isteri anda...
View user's profileSend private message
Guest






PostPosted: Mon May 05, 2008 11:06 am Reply with quoteBack to top

wanita didera lambang zaman jahiliah moden kembali....lelaki durjana ramai...
ElyndaIzan
Ketua Pengendali
Ketua Pengendali


Joined: Mar 24, 2004
Posts: 8243
Location: KL

PostPosted: Mon May 05, 2008 12:27 pm Reply with quoteBack to top

Waalaikumusalam..

ok tu mmg jenis yg pemalas mas..normally kita dengan yg jenis pukul2 bini bila org tu drug addict...kaki botol....x bekerja tau nak pakai duit bini je...tapi kes2 yg aku dengar suami diaorg semua ada kerjaya..org yg ada ilmu..belajar tinggi...so mana silapnya tu?
View user's profileSend private messageSend e-mailYahoo Messenger
pantai_xx
WebKL Senior
WebKL Senior


Joined: Aug 02, 2005
Posts: 4639
Location: ..BuMi HijaU..

PostPosted: Mon May 05, 2008 12:34 pm Reply with quoteBack to top

ElyndaIzan wrote:
Di dlm Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (Akta 521) ada menyebut..

"Keganasan rumahtangga" ertinya perlakuan mana-mana perbuatan yg berikut...

Arrow secara sengaja atau dgn disedari meletakkan, atau cuba meletakan mangsa itu dlm keadaan ketakutan kecederaan fizikal

yg ni maksudnyer....isteri tu blum kena pukul lagi ke dh lepas kena pukul???
View user's profileSend private messageSend e-mailYahoo Messenger
ElyndaIzan
Ketua Pengendali
Ketua Pengendali


Joined: Mar 24, 2004
Posts: 8243
Location: KL

PostPosted: Mon May 05, 2008 12:57 pm Reply with quoteBack to top

berpandukan akta yg telah aku baca ni...belum kene pukul...sbb cuba baca yg kedua tu..kesinabungan dia..
View user's profileSend private messageSend e-mailYahoo Messenger
pantai_xx
WebKL Senior
WebKL Senior


Joined: Aug 02, 2005
Posts: 4639
Location: ..BuMi HijaU..

PostPosted: Mon May 05, 2008 2:18 pm Reply with quoteBack to top

ElyndaIzan wrote:
berpandukan akta yg telah aku baca ni...belum kene pukul...sbb cuba baca yg kedua tu..kesinabungan dia..

klau belum kiranya yg ni lebih kpd prevention ler...
klau laa kaum wanita aware ngn hak2 mereka....
aku rasa kes2 keganasan rmh tangga mesti dpt dikurangkan...

dlm kursus kawen ada x bab2 cenggini??
aku rasa bakal pengantin wajib mengetahui hak2 mereka...
hak dari segi agama dan undang2...

prevention always better than cure....

klau dah kena blasah sampai separuh mati....
masa tu dh x de apa sgt yg dpt dibuat....
View user's profileSend private messageSend e-mailYahoo Messenger
ElyndaIzan
Ketua Pengendali
Ketua Pengendali


Joined: Mar 24, 2004
Posts: 8243
Location: KL

PostPosted: Tue May 06, 2008 8:11 am Reply with quoteBack to top

dalam kursus kawen ada belajar benda2 ni pantai..mcm yg aku mention sebelum ni....kebanyakan yg sorok2 ni sbb malu...tak mahu cerita tu di jaja..tapi itu masalah utamanya..takkanlah sampai dah nak nazak baru org tau...prinsip mereka selagi boleh tahan, diaorg akan bertahan...

ok ni ada maklumat tambahan...

Apakah yang dikategorikan sebagai keganasan rumah tangga?

i. Penderaan fizikal
ii. Penderaan mental
iii. Penderaan emosi
iv. Penderaan seksual
v. Penderaan spiritual
View user's profileSend private messageSend e-mailYahoo Messenger
ElyndaIzan
Ketua Pengendali
Ketua Pengendali


Joined: Mar 24, 2004
Posts: 8243
Location: KL

PostPosted: Tue May 06, 2008 8:28 am Reply with quoteBack to top

Bagaimanakah keganasan rumah tangga boleh berlaku?

Keganasan rumah tangga berlaku melalui beberapa tahap dan peringkat iaitu:

i. Tahap 1 : Peningkatan tekanan

Bermula dengan perselisihan yang kecil dan isteri akan cuba menenangkan Si suami dengan pelbagai tindakan. Si Isteri lebih banyak mengalah menyebabkan Si suami akan menjadi dominan.

ii. Tahap 2: Permulaan insiden keganasan

Di peringkat ini, keganasan berlaku secara mendadak disebabkan Si suami tidak dapat mengawal kemarahannnya. Si isteri pula, tidak akan melawan, sebaliknya memendam rasa dan menangis. Keadaaan ini akan menyebabkan Si isteri mengalami tekanan psikologi yang keterlaluan.

iii. Tahap 3: Penyesalan

Pihak mangsa akan merasa sedih dan takut akan ditinggalkan pasangan. Suami berjanji akan berubah sikap, memohon maaf dan menunjukkan kasih sayang dan kemesraan yang luar biasa. Keadaan ini akan memberikan keyakinan kepada Si isteri bahawa Si suami akan berubah.
View user's profileSend private messageSend e-mailYahoo Messenger
Display posts from previous:      
Post new topicReply to topic
View previous topic Log in to check your private messages View next topic
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum



Powered by phpBB © 2001 phpBB Group

Version 2.0.6 of PHP-Nuke Port by Tom Nitzschner © 2002 www.toms-home.com
Forums ©
Semua kandungan di dalam WebKL.Net ini adalah hak milik awam. Salin dan sebarkan untuk kebaikan semua.


WebKL.Net Copyright © 2005 by Putra_Aslim. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. WebKL.Net comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.95 Seconds