WebKL.Net - Your Online Community
Xpaid
HomeDownloadAccountForum Advertising GameLyricPhoto Video
   
iKlan@WebKL
WebKL Panel
Our Panel
Home
 Your Account 
 Stories Archive
 Search
 Members List
Journal
 Columnist
 Tell Your Friend

 Sumbangan Anda
 Send Link 
 Send Lyric
 Send Article 
 Send Comment
 Submit Event

 Komuniti
 Forum
 Profile
 Borak

 Perkhidmatan
 Pengiklanan
Radio
E-Foto
Lirik Lagu
Web Links
Games
E-Card
Quran Online

KL Menjerit
Shout History   

Only Registered Users can Shout
Create/Login
Powered By
"Web Hosting Starting from RM20/year"




WebKL.Net - Your Online Community: Forums

WebKL.Net :: View topic - Fokus Pelancongan : Negeri Pahang Darul Makmur
 Forum FAQ  •  Search  •  Memberlist  •  Usergroups   •  Register  •  Profile  •  Log in to check your private messages  •  Log in

 
Post new topicReply to topic
View previous topic Log in to check your private messages View next topic
Author Message
ElyndaIzan
Ketua Pengendali
Ketua Pengendali


Joined: Mar 24, 2004
Posts: 8243
Location: KL

PostPosted: Mon Dec 10, 2007 12:30 pm Reply with quoteBack to top

Assalamualaikum..

ps : toin2 boleh ke aku bukak topik baru ni? nak ckp pasal negeri lain aku kurang pengetahuan tapi aku ada banyak benda nak kongsi ttg negeri kelahiran aku ni.. Very Happy bolehkan?

ok

PAHANG DARUL MAKMUR..

Aku lahir di sebuah daerah yang paling besar dalam Negeri Pahang iaitu, di Bandar Jerantut. Ianya terletak betul-betul di bahagian tengah Negeri Pahang. Dalam daerah Jerantut terdapat banyak mukim-mukim. Daerah Jerantut ini juga terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh korang lawati seperti di Taman Negara (kalau nak Taman Negara, bandar Jerantut adalah laluan utama), Gunung Senyum, Gua Benom, Gua Kota Gelangi, Air Terjun Lata Meraung, Tasek Paya Kangsar dan banyak lagi. Sungguhpun aku lahir di sini tapi masih banyak tempat yang aku tak pernah pergi lagi.

Perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Jerantut cuma mengambil masa selama 2 jam lebih sikit saja. Almaklum, sejak terbinanya highway KL-Temerloh perjalanan tu semakin mudah.

Sekarang aku nak cerita sikit kawasan perlancongan yang aku sebutkan di atas.

Taman Negara

Arrow Perjalanan ke Taman Negara ini dari pekan Jerantut boleh dilalui menerusi dua cara iaitu menerusi jalan air (menaiki bot) atau jalan darat (kereta, bas, dan sebagainya). Jika memilih laluan air, korang boleh menaiki bas atau teksi menuju ke jeti Kuala Tembeling. Dari sini korang boleh menaiki bot terus sampai ke Kuala Tahan / Taman Negara kira-kira 3 jam perjalanan memudik / melawan arus Sungai Tembeling.

Jika korang memilih laluan darat dari pekan Jerantut, boleh menuju ke Felda Padang Piol dan akan melalui Felda Sungai Retang, Kampung Merting, Kg Sungai Tekal, Kampung Gol, Kg Padang, Felcra Tembeling Tengah, Kg Tekah, Kg Belebar sehinggalah ke Kuala Tahan. Tempoh perjalanan darat ini dari pekan Jerantut kira-kira 1 jamlah.

ok aku ada phone call lah plak kejap lagi aku sambung yg lain..

bye..
View user's profileSend private messageSend e-mailYahoo Messenger
Google
Sponsor





PostPosted: Mon Dec 10, 2007 12:30 pm Back to top

ElyndaIzan
Ketua Pengendali
Ketua Pengendali


Joined: Mar 24, 2004
Posts: 8243
Location: KL

PostPosted: Mon Dec 10, 2007 3:27 pm Reply with quoteBack to top

ok sambung...

Gunung Benom & Gua Gunung Senyum

Selain dari Taman Negara, kalau korang suka aktiviti lasak boleh lah pergi mendaki Gunung Benom yang terletak di Banjaran Benom ketinggiannya 2107 m.

Gunung Benom ni gunung yang kedua tertinggi kat Negeri Pahang ini selepas Gunung Tahan. Korang boleh pergi ke perkampungan Ulu Cheka untuk memanjat gunung ini. Apa yang menarik tentang Banjaran Benom ini ialah di sebelah belakang banjaran ini terletak daerah Raub.

Selain itu Gunung Senyum yang terletak di Kampung Gunung Senyum dan berdekatan dengan FELDA Jengka 25, iaitu salah sebuah tanah rancangan FELDA dalam Gugusan Jengka, juga sesuai untuk aktiviti lasak ini dijalankan. Dalam Gua gunung senyum terdapat banyak gua-gua kecil antaranya gua angin, gua kubur, gua kelawar dan banyak lagi..
View user's profileSend private messageSend e-mailYahoo Messenger
ElyndaIzan
Ketua Pengendali
Ketua Pengendali


Joined: Mar 24, 2004
Posts: 8243
Location: KL

PostPosted: Mon Dec 10, 2007 4:00 pm Reply with quoteBack to top

ish..banyak tul iklan petang-petang ni..terbantut aku bercerita..hehehe
ok sambung balik...


Arrow Gua Kota Gelanggi
gua-gua Kota Gelanggi yang terletak kira-kira 25 km lah ke arah timur Jerantut. Kebanyakan gua-gua ini merupakan tapak arkeologi, tetapi beberapa gua kini telah dibuka kepada orang awam. Terdapat juda penempatan Felda Kota Gelangi I, II dan III. (aku ada juga kawan2 yg berasal dr sini tapi semenjak berpindah dari pahang ke kl 11 thn lepas terus terputus hubungan)

Arrow Air Terjun Lata Meraung
Tempat perkelahan yang terkenal di sini iaitu air terjun Lata Meraung yang terletak kira-kira 15 km ke barat Jerantut yang terletak di Kampung Sungai Kiol berhampiran dengan Pusat Serenti Jerantut dan terpaksa melalui perkampungan Orang Asli sebelum sampai ke destinasi air terjun ini.

Arrow Tasik Paya Kangsar
Tasik Paya Kangsar terletak di Pulau Tawar (tempat Mat Kilau). Tasik yang seluas 800 ekar ini dibentuk hasil drpd pembinaan empangan hilir sungai palang . Dulu kat tasik ini adalah sawah padi yang utama di Jerantut.

Permandangan di tasik ini amat indah sekali terutama di waktu petang . korang boleh tengok beratus-ratus ekor kerbau dalam tasik ini pada waktu petang . Sekarang tasik ini dipenuhi oleh ikan talapia dan lampam jawa.
View user's profileSend private messageSend e-mailYahoo Messenger
ieza2fyza
Pengendali
Pengendali


Joined: Oct 29, 2003
Posts: 4633
Location: atas atap umah sin chan

PostPosted: Thu Dec 27, 2007 5:41 pm Reply with quoteBack to top

Aku pulak lahir di ibu kota Pahang, yakni KUANTAN...
tp kalo nak glemer, org panggil KUANTAN sbg QWANTOWN.. Very Happy

kat kuantan terdapat pantai Batu Hitam dan pantai Teluk Chempedak...

yang pantai Batu Hitam tu aku jarang pi...
tp Teluk Chempedak, bleh katakan setiap kali balik kuantan,
mesti singgahnya... mcm satu kewajipan plak... he he hee...

nie aku nak cerita pasal Pantai Teluk Chempedak...

Arrow terletak kira-kira 5km sahaja dari bandar Kuantan,
pantai ni mmg cun...
air lautnya biru kehijauan... takdenye mcm Pantai Teluk Kemang tuh.. kelabu jer... (hehee sowi ek org2 PD... Razz )

so selain aktiviti mandi manda, kat sini ada jugak aktiviti lain yg menarik spt;
Arrow jetski
Arrow luncur air/surfing
Arrow sailing/naik kapal layar
Arrow bleh jungle tracking sket2 sbb ade hutan hujan tropika sket kat sebelah kiri pantai tuh.. (yg byk2 batu besar tuh)

cuma kat TC nih takde banana ngan kayak mcm kat PD.. itu je kurengnyer... Razz (tp tataulaa skrg nih dah ade ke x..)

apepon, sesape yg baru 1st time nak mandi kat TC nih...
dinasihatkan ati2 sket, nak2 kat budak2 kecik coz TC nih pantainya agak curam.. tak mcm PD, PCB yg pantainya agak landai...
so juz be careful!

kalo yg nak bermalam tuh, kat bandar Kuantan byk hotel2 spt Grand Continental, Hyatt Regency Kuantan, Merlin Inn Resort etc... alaa, yg murah2 pon ade gakk... pandai2 cari laa.. Very Happy


Antara Gambar Pantai Teluk Chempedak;

Image
Image
Image


Ok..
Pantai Batu Hitam plak..
Pantai nih terletak di Beserah (jln lama nak menghala ke terengganu)...
tp still tak jauh dr bandar kuantan...

klik Arrow sini utk photo2 pantai batu hitam...


Last edited by ieza2fyza on Sat Dec 29, 2007 3:44 am; edited 1 time in total
View user's profileSend private messageSend e-mailVisit poster's websiteYahoo Messenger
ieza2fyza
Pengendali
Pengendali


Joined: Oct 29, 2003
Posts: 4633
Location: atas atap umah sin chan

PostPosted: Fri Dec 28, 2007 1:51 am Reply with quoteBack to top

kalo dah berjalan-jalan...
mesti pk nak makan plak kan?? Very Happy
mane2 tmpt ade tmpt makan yg menarik...
tp yg aku slalu pi kalo balik kuantan...
port tmpt makan kami mesti di Tanjung Lumpur...
kat Benteng dah tak berapa best sejak jambatan Tanjung Lumpur tu dah siap beberapa tahun lalu..

Tanjung Lumpur nih kira macam Muara Ikan Bakar/Makanan Laut mcm kat Tanjung Harapan/Tanjung Gila di Port Klang...
cuma kat sini ada menu istimewa spt keropok lekor sagu, satar etc...

kat situ bermacam-macam jenis restoran ada...
pilih je mane nak... mmg sedap wa cakap lu... Very Happy

Jambatan Tanjung Lumpur


pastu sebelum balik, jgn lupe singgah kat Benteng.. kat situ byk gerai2 yg jual mcm2 makanan tradisi spt keropok ikan, keropok lekor, gepang, dodol mcm2 jenis, buah keranji, asam jawa masam manis, ikan masin, cendol kering, dan pelbagai jenis makanan tradisi yg lain... yg penting siapkan je $$$ byk2... hehehe...
View user's profileSend private messageSend e-mailVisit poster's websiteYahoo Messenger
ieza2fyza
Pengendali
Pengendali


Joined: Oct 29, 2003
Posts: 4633
Location: atas atap umah sin chan

PostPosted: Sat Dec 29, 2007 3:42 am Reply with quoteBack to top

sebelum aku ajak korang sume pergi jauh lagi...
nie aku nak memperkenalkan sedikit sebanyak tentang negeri Tok Gajah nih... (sepatutnya awal2 lagi aku terangkan... tapi aku luferrr Very Happy ... tak kisahlah yek... yang penting aku terangkan gakk nie haa.. Razz )

BENDERA dan JATA negeri Pahang
Image

Lagu Negeri Pahang >>> "ALLAH SELAMATKAN SULTAN KAMI"

"Ya Allah Yang Masa Kuasa
Lanjutkan Usia Ke Bawah
Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan Bahagia Sentiasa
Ya Allah
Selamatkan Ke Bawah Duli Raja Kami".



Arrow Berkeluasan 35,960 kaki persegi, ia merupakan Negeri Terbesar di Semenanjung Malaysia.
Arrow Hampir separuh bentuk muka buminya masih diselaputi hutan hujan tropika. (maknanya masih byk tanah2 yg belum diterokai utk tujuan pembangunan)
Arrow Sultan Pahang adalah Ketua Perlembagaan Negeri.
Arrow Bangsa Melayu merupakan bangsa tertinggi di Pahang, yakni sebanyak 70%++, diikuti Cina (17%++), India (4%++) dan lain2...
Arrow Sumber ekonomi utama ialah sumber hutan seperti kayu balak.
Arrow Popular dengan tarian Joget Pahang ilham daripada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

(nie aku taruk maklumat sikit-sikit jer k. Nak byk2, pi google sendiri! hehe..)


Peta berikut menunjukkan tempat-tempat yang menarik di Negeri Pahang
Image

Ok, mari berbalik kepada topik asal ye anak-anak.. Very Happy
Selain tempat2 yang telah diterangkan oleh Sis Lynda kiter, nie aku nak teruskan penjelajahan di negeri Pahang ini dgn tempat2 yg tak kurang menariknya utk kita lawati...

Pengembaraan seterusnya...

Arrow CAMERON HIGHLAND
~terletak kira-kira 20km dari Ipoh Timur dan 150km dari Kuala Lumpur.
~merupakan kawasan tanah tinggi dengan suhu purata 13-17 drjh celcius dan merupakan kawasan ladang tanaman buah-buahan, bunga dan sayur-sayuran.
~amat terkenal dengan ladang teh dan strawberry.
~selain ronda-ronda setiap pelusuk ladang tanaman, melihat cenderamata, terdapat pelbagai aktiviti lain yang boleh dilakukan seperti 'jungle treking', panjat gunung, berkhemah, main golf etc...

Campsite at Sg. Pauh, Cameron
Image

Mountain Hiking
>>Gunung Beremban, Gunung Jasar, Gunung Brinchang<<
Image



CAMERON HIGHLANDS PHOTO GALERRY
Ladang Teh Boh
Image

Gunung Brinchang
Image

Ladang Kaktus
Image

Strawberry
Image

An English's Style House
Image


Tentang kawasan penginapan, dont worry bebeh! Cakap je nak yg macam mana... Hotel 5 bintang?? Challet?? Banglow?? Apartment?? malah Rumah Tumpangan biasa?? Semua ada... nak lagi jimat, pacak khemah jer!

papehal bleh rujuk sini


Ok, itulah dia serba sedikit tentang Cameron Highland, yang mana hanya sekali je aku pernah jejak kat situ, itupun darjah lima rombongan sekolah... huhuu.. zaman tok kaduk dah tuh!

Lepas nie aku nak bawak korang semua menjelajah 'adiknya' pulak... yakni Genting Highland... aku cakap adik pasal ada perkataan 'highland' gak kat namanya... hehehee...
View user's profileSend private messageSend e-mailVisit poster's websiteYahoo Messenger
abangdan
WebKL Junior
WebKL Junior


Joined: Aug 18, 2003
Posts: 303

PostPosted: Sat Dec 29, 2007 7:01 am Reply with quoteBack to top

Yang paling aku suka sekali Kampung Buntut Pulau. Bukannya apa, nama dia spesel sikit. Kalau nak ke Sanggang boleh jumpa ni juga...
View user's profileSend private message
ieza2fyza
Pengendali
Pengendali


Joined: Oct 29, 2003
Posts: 4633
Location: atas atap umah sin chan

PostPosted: Sat Dec 29, 2007 6:05 pm Reply with quoteBack to top

abangdan wrote:
Yang paling aku suka sekali Kampung Buntut Pulau. Bukannya apa, nama dia spesel sikit. Kalau nak ke Sanggang boleh jumpa ni juga...

uihh kat mane nih?? Very Happy

later on aku sambong tulisan aku ekk...
penat nih... huhuhuu...
View user's profileSend private messageSend e-mailVisit poster's websiteYahoo Messenger
ElyndaIzan
Ketua Pengendali
Ketua Pengendali


Joined: Mar 24, 2004
Posts: 8243
Location: KL

PostPosted: Thu Jan 17, 2008 10:22 am Reply with quoteBack to top

abangdan wrote:
Yang paling aku suka sekali Kampung Buntut Pulau. Bukannya apa, nama dia spesel sikit. Kalau nak ke Sanggang boleh jumpa ni juga...


penah dengar dengar tempat ni...
Sanggang ni dekat area Temerloh Ieza..
View user's profileSend private messageSend e-mailYahoo Messenger
payroll
WebKL Junior
WebKL Junior


Joined: Oct 01, 2003
Posts: 734
Location: inside

PostPosted: Fri Jan 25, 2008 11:15 am Reply with quoteBack to top

a'kum...
geng nak tanya nih...
aku plan nak gi genting highland nih...
nak stay la sana satu malam ngan member2...
sape2 ada contact atau rate untuk apartment tak ??
yg budget2 da la...
heh heh heh !!!
View user's profileSend private messageVisit poster's websiteYahoo MessengerMSN Messenger
Display posts from previous:      
Post new topicReply to topic
View previous topic Log in to check your private messages View next topic
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum



Powered by phpBB © 2001 phpBB Group

Version 2.0.6 of PHP-Nuke Port by Tom Nitzschner © 2002 www.toms-home.com
Forums ©
Semua kandungan di dalam WebKL.Net ini adalah hak milik awam. Salin dan sebarkan untuk kebaikan semua.


WebKL.Net Copyright © 2005 by Putra_Aslim. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. WebKL.Net comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.53 Seconds