DUA puluh lima tahun membujang, kini penyanyi dan pelakon ini mula mengorak langkah ke alam perkahwinan. Bagi Suriati Abu Bakar, perkenalannya bersama seorang rakan ketika sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam akhirnya menemui kata putus.
Dia yang gemar dipanggil Atie berkata, hubungan cinta dengan kekasihnya terjalin sejak 2000. Katanya, tiada majlis pertunangan diadakan, kecuali majlis merisik dan menghantar tanda dilakukan pihak lelaki tahun lalu.
“Selepas merisik, kami terus tetapkan tarikh kahwin. Jika diikutkan, majlis itu tidak seperti majlis merisik. Waktu itu rombongan pihak lelaki sungguh ramai sehingga suasana majlis itu bertukar seperti majlis pertunangan.
“Jika tiada aral melintang, majlis perkahwinan yang ditetapkan penghujung tahun ini akan diadakan di kampung Atie di Janda Baik. Disebabkan tidak sabar menunggu hari bahagia itu, persiapan terakhir sudah dilakukan. Bunga te**r kami sediakan sendiri, malah warna emas dan merah hati dipilih untuk menghiasi hari bahagia itu.
“Kad jemputan pula akan diedarkan tidak lama lagi. Semuanya dirancang dengan rapi. Untuk berkongsi hidup, Atie memilih jejaka daripada golongan biasa saja. Syukur dia faham kerjaya Atie sebagai anak seni, malah tidak pernah membangkang minat Atie dalam dunia glamor ini,” katanya.
Mengenai kerjaya seninya, sebelum menyertai Akademi Fantasia 1 (AF1), Atie bergiat aktif dalam teater ketika melanjutkan pengajiannya di UiTM.
Namun, peluang diintai dalam AF1 tidak membawa bakatnya ke mana-mana. Bagi Atie, walaupun kerjaya dalam bidang nyanyian dilihat kurang menyerlah oleh sesetengah pihak, hakikatnya dia masih bertapak dalam dunia glamor itu.
“Nak kata tidak aktif dalam bidang nyanyian, tidak juga kerana Atie sering mendapat tawaran dalam menjayakan pelbagai program. Mungkin disebabkan belum ada album, Atie dinilai begitu.
“Walaupun kini Atie tidak lagi di bawah mana-mana label pengurusan, cita-cita untuk memiliki album sendiri tetap ada. Mungkin belum ada rezeki ke arah itu buat masa ini,” katanya.
Mengulas mengapa dia tidak mahu terikat dengan syarikat pengurusan, Atie berkata, dia serik menunggu sehingga menimbulkan rasa kurang senang.
“Biar Atie berdiri di atas kaki sendiri. Sebenarnya, bukan senang jika ada pihak menguruskan perjalanan seni kita. Hakikatnya, syarikat itu ada ramai lagi artis yang beratur untuk diuruskan hingga menyebabkan kita terkontang-kanting.
“Kini, selepas bebas daripada mana-mana syarikat pengurusan, Atie berasa sedikit lega, malah lebih tenang. Jelas, kehidupan bergelar anak seni yang Atie uruskan sendiri kini lebih baik berbanding sebelumnya.
“Lagipun, biar Atie mencari rezeki sendiri daripada mengharapkan orang lain mendapatkan peluang untuk kita. Sedikit sebanyak, selepas penat berusaha dan mendapat hasilnya, kepuasan itu lebih terasa,” katanya.
Walaupun ‘malap’ dalam bidang nyanyian, ia tidak mematikan langkahnya. Selepas beberapa kali mencuba bidang lakonan, ‘cintanya’ kini beralih arah.
Sedikit demi sedikit watak dipegangnya menjadi perhatian penonton. Sedar atau tidak, kredibilitinya sebagai pelakon mula menyinar hinggakan ada pengkritik mengatakan lakonannya bagus.
“Sebenarnya sebelum menjadi penyanyi, Atie berjinak-jinak dengan dunia lakonan. Pendedahan yang Atie terima waktu itu sungguh banyak sehingga Atie menerima tawaran berlakon dalam drama Papa Kahwinlah arahan Profesor Madya Razak Mohaideen pada 2001.
“Sejak itu minat berlakon teater bertukar kepada arus perdana. Jika tidak memasuki AF1 sekalipun, Atie tetap cuba mencari peluang bergelar anak seni, walaupun terpaksa bermula dari bawah. Atie yakin dengan apa yang dilakukan, jadi kena usaha keras sedikit.
“Kini apabila bergelar pelakon dan penyanyi, Atie perlu pandai menguruskan waktu untuk kedua-dua bidang seni itu. Jika jadual lakonan ketat, terpaksalah tolak tawaran menyanyi dan begitu juga sebaliknya.
Google Sponsor
Posted:
Wed Nov 07, 2007 11:21 am
ElyndaIzan Ketua Pengendali
Joined: Mar 24, 2004
Posts: 8125
Posted:
Wed Nov 07, 2007 11:39 am
nak kawen?? eloklah tu..takyah lah sibuk nak menyanyi/berlakon lagi..
ko ada dip ada degree carilah keje lain..
pinklady2002 WebKL Junior
Joined: Mar 14, 2006
Posts: 687
Location: KL
Posted:
Wed Nov 07, 2007 12:05 pm
ElyndaIzan wrote:
nak kawen?? eloklah tu..takyah lah sibuk nak menyanyi/berlakon lagi..
ko ada dip ada degree carilah keje lain..
jLN paNtas naK dpt RM bYK nGan jdI peLaKOn n PenYaNyI.
Sharhura WebKL Junior
Joined: Sep 12, 2007
Posts: 958
Posted:
Wed Nov 07, 2007 2:43 pm
pinklady2002 wrote:
ElyndaIzan wrote:
nak kawen?? eloklah tu..takyah lah sibuk nak menyanyi/berlakon lagi..
ko ada dip ada degree carilah keje lain..
jLN paNtas naK dpt RM bYK nGan jdI peLaKOn n PenYaNyI.
betul. sebab itulah remaja zaman sekarang taknak kesekolah! Nak clubbing dan nyanyi jer keje.
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum