Joined: Dec 11, 2002
Posts: 3259
Location: Belakang Masjid
Posted:
Wed Nov 12, 2003 6:18 am
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Untuk pengetahuan semua, Komuniti WebKL.Net ini dibuka kepada umum dan semua pihak berhak menggunakannya. Namun begitu, untuk memastikan agar ahli-ahlinya dapat berinteraksi di antara satu sama lain dalam keadaan yang harmoni, satu peraturan telahpun ditetapkan dan diharap semua ahli dapat memahami konsep dan tatasusila ketika berada di komuniti ini khususnya di bilik Hiburan, Filem dan Muzik.
Perkara-Perkara Yang Dilarang :
1. Membuka topik yang boleh menyinggung sensitiviti agama atau kaum lain
2. Membuka topik yang sudah pun dibuka oleh ahli lain sebelumnya.
3. Membuka topik yang tiada kena mengena dengan kepentingan Forum Hiburan, Filem dan Muzik
4. Membuat "double posting" atau kiriman yang berganda dalam sesebuah topik tanpa sebab-sebab yang munasabah
5. Membuat kiriman yang boleh menyebabkan pergaduhan sesama ahli
6. Menggunakan kata-kata lucah atau kesat kepada ahli lain
7. Membuat kiriman yang tidak releven dengan tajuk topik(thread)
8. Mengepilkan gambar-gambar lucah dan tidak disenangi awam
9. Membuka topik berbentuk iklan, topic yang tidak berkembang, lucah dan forwarding email.
10. Membalas posting dengan quote yang panjang.
Sila Pastikan :
1. Kiriman anda bermaksud jelas dan mudah difahami
2. Isi kiriman anda berkualiti dan tidak hanya dipenuhi dengan smiley dan perkataan 'ya', 'setuju', 'tidak' dan sebagainya
3. Anda menggunakan Fungsi Carian sebelum membuka sesebuah topik
4. Anda menggunakan Fungsi Ubah Mesej jika terdapat kesalahan semasa membuat kiriman
Note: Pihak Pengendali tidak akan teragak-agak untuk mengubah atau membuang topik kiriman anda jika ia didapati menyalahi peraturan yang telah ditetapkan.
Forumnis adalah dilarang:
1. Menimbulkan/mengeruhkan suasana tegang
2. Mengaibkan users lain
3. Mencabar kredibiliti crews yakni mempersoalkan tindakan, mencaci, menghina, mengaibkan, menyerang peribadi dan lain-lain.
4. Melanggar etika berforum.
Note: Pihak pengurusan tidak akan teragak-agak untuk menyenarai-hitamkan (banned) forumnis yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Joined: Aug 15, 2002
Posts: 314
Location: Kota Bharu, Kelantan
Posted:
Mon May 17, 2004 3:14 am
Berdasarkan kod Tatasulia Semasa Membuka Topik & Membalas Posting diatas ScandaLS ingin menekankan sekali lagi berkenaan Perkara-Perkara Yang Dilarang iaitu;
2. Membuka topik yang sudah pun dibuka oleh ahli lain sebelumnya.
Disini di ingatkan user supaya menggunakan Fungsi Carian sebelum membuka sesebuah topik bagi mengelakkan berlaku pengulangan topik yang sama oleh user yang berlainan.
Berdasarkan search functions;
Quote:
Search for Keywords:
You can use AND to define words which must be in the results, OR to define words which may be in the result and NOT to define words which should not be in the result. Use * as a wildcard for partial matches
Seharusnya user akan dapat menentukan samaada sesuatu topik itu sudah wujud atau tidak.
Segala kerjasama anda semua di Forum Hiburan Filem dan Muzik adalah amat dihargai.
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum