Joined: May 24, 2004
Posts: 611
Location: Island of the Betel Nut (3 Batu Nautika Selatan Pulau Kendi)
Posted:
Thu Apr 21, 2005 9:45 am
Kepada semua forumnis yang melayari forum ini, sebagaimana yang telah dinyatakan dalam description forum ini, perbincangan mengenai kereta, motor dan aksesori kenderaan, masalah dan tips pemanduan dan sebagainya yang berkaitan dengan pemotoran. Iklan jual kereta dan sebagainya DILARANG.
Untuk mengelakkan berterabur dan memeningkan kepala, kami mintak kerjasama anda semua untuk mematuhi syarat yang kami berikan.
Perkara-Perkara Yang Dilarang :
1. Membuka topik yang boleh menyinggung sensitiviti agama atau kaum lain
2. Membuka topik yang sudah pun dibuka oleh ahli lain sebelumnya.
3. Membuka topik yang tiada kena mengena dengan kepentingan forum ini.
4. Membuat "double posting" atau kiriman yang berganda dalam sesebuah topik tanpa sebab-sebab yang munasabah
5. Membuat kiriman yang boleh menyebabkan pergaduhan sesama ahli
6. Menggunakan kata-kata lucah atau kesat kepada ahli lain
7. Membuat kiriman yang tidak releven dengan tajuk topik(thread)
8. Mengepilkan gambar-gambar lucah dan tidak disenangi awam
9. Membuka topik berbentuk iklan, topic yang tidak berkembang dan forwarding email.
10. Membalas posting dengan quote yang panjang.
Sila Pastikan :
1. Kiriman anda bermaksud jelas dan mudah difahami
2. Isi kiriman anda berkualiti dan tidak hanya dipenuhi dengan smiley dan perkataan 'ya', 'setuju', 'tidak' dan sebagainya
3. Anda menggunakan Fungsi Carian sebelum membuka sesebuah topik
4. Anda menggunakan Fungsi Ubah Mesej jika terdapat kesalahan semasa membuat kiriman
5. Kiriman anda berkenaan forum ini dan tidak lari dari tajuk.
Note: Pihak Pengendali tidak akan teragak-agak untuk mengubah atau membuang topik kiriman anda jika ia didapati menyalahi peraturan yang telah ditetapkan.
Forumnis adalah dilarang:
1. Menimbulkan/mengeruhkan suasana tegang
2. Mengaibkan users lain
3. Mencabar kredibiliti crews yakni mempersoalkan tindakan, mencaci, menghina, mengaibkan, menyerang peribadi dan lain-lain.
4. Melanggar etika berforum.
Anda digalakkan berkongsi knowledge di sini.
Sebarang pertanyaan atau komen adalah amat dihargai dan boleh diajukan terus ke Forum Pengumuman dan Maklumbalas.
Segala kerjasama anda semua adalah amat dihargai
Note: Pihak pengurusan tidak akan teragak-agak untuk menyenarai-hitamkan (banned) forumnis yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum