 |
|
 |
|
|
"Web Hosting Starting from RM20/year"
|
emyll menulis " Al-kisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah plak tu. Beliau mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler..... suruh buat per pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ... itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya.
Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada di antara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya.
Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk
menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk. Hari dah hampir
senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian... makin egolah raja sorang ni.
Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa
disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu
dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya,
"Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?" maka
dengan selambanya budak tu berkata "Tadi patik jentik telur kude tu
sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot...) lalu blah sambil
mengira-ngira wang yg dimenanginya.
Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye
apa... nak cover malu. "Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan
boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati
sambil ketawa.
Maka sampailah hari pertandingan tu... ramailah rakyat keluar nak
melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari
yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba.
Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak
cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata, "cubalah kalau boleh". Budak
kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak
semena- mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, Maka bersoraklah
orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya! "Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?" Dengan selambanya budak tu jawab "Nak kena jentik lagi...??"
Note: Gambar Sekadar Hiasan.. "
|
|
Posted on Tuesday, August 26 @ 12:00:00 MYT by IkaShazreen |
|
|
|
|
| |
|
Associated Topics
 | | | | |
|
| | The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content. |
| | | | |
| No Comments Allowed for Anonymous, please register | | | | |
Re: Budak vs Raja (Score: 1) by rumpin on Tuesday, August 26 @ 20:15:27 MYT (User Info | Send a Message) | mcm pernah dgr cite ni..tp nice la...
|
| | | | |
Re: Budak vs Raja (Score: 1) by Mr.Payid on Wednesday, August 27 @ 08:30:12 MYT (User Info | Send a Message) | penah bc jgk, tapi tak boring bc 2-3x..huak3
|
| | | | |
Re: ThrshMtl111 (Score: 1) by KlamPinokioKlam on Sunday, October 26 @ 00:56:43 MYT (User Info | |
| | | | | | |