|
|
"Web Hosting Starting from RM20/year"
Jeslina, Marina, Zouk, Gol & Gincu |
|
shahray menulis " anakdagang menulis :- "Saya berkesempatan menonton VCD filem Melayu kita yang baru - Gol & Gincu. Ia adalah sebuah filem yang lebih bersifat keremajaan. Anda sudah tonton? Kalau belum, tak payah tonton pun tidak apa. Anda tidak rugi apa-apa. Mudah-mudahan, anda tidak akan termakan 'konspirasi halus' yang ada di dalam filem itu. Filem itu agak mengejutkan saya walaupun ia baru sahaja bermula dalam 2 minit. Saya terkejut bukan kerana plot cerita itu yang begitu hebat, tetapi terkejut besar kerana Marina Mahathir adalah salah seorang yang menjadi "orang kuat" dalam penghasilan filem ini. Sepanjang cerita itu, saya tertanya-tanya: Mengapa Marina Mahathir terlibat dalam pembikinan filem ini?
Jawapan pertama...
Oo..filem ini sebenarnya bukan semata-mata filem kisah cinta remaja, tetapi ia mempunyai satu misi khas bagi memperjuangkan nasib wanita yang sering dipandang sebagai golongan kelas kedua oleh pihak lelaki. Bagus usaha filem ini. Wanita tidak boleh diperbodoh-bodohkan dan dipijak-pijak. Hak wanita mesti dijaga dan dipelihara.
Seperti mana yang kita sedia maklum, Marina Mahathir adalah salah seorang aktivis tempatan yang tidak jemu-jemu memperjuangkan nasib wanita Malaysia. Oleh itu, soalan saya telah terjawab. Maka tidaklah pelik jika Marina Mahathir menjadi orang kuat di sebalik filem ini.
Jawapan kedua...
Sebenarnya, saya tidak sangka akan mendapat jawapan yang kedua. Saya fikir, cuma ada satu jawapan - tetapi rupa-rupanya tidak. Di dalam filem itu, ada satu babak yang mana watak utama wanitanya (Putri) bercakap dengan kawan baiknya (Mia) melalui telefon.
Mia mengajak Putri keluar untuk clubbing di Kelab Malam Zouk. Putri bersetuju dengan ajakan Mia setelah dipujuk berulang-kali. Namun demikian, pada malam sepatutnya mereka clubbing, Putri tidak dapat hadir kerana Putri sibuk berlatih futsal. Dalam babak ini, jelas ditunjukkan Kelab Malam Zouk yang mana pada waktu itu Mia sedang menanti-nanti kehadiran Putri.
Sebelum munculnya 2 babak tersebut, ada satu babak lagi yang berkaitan dengan Zouk. Putri dan 2 orang rakannya sedang berborak.
Beginilah lebih kurang dialognya: Eh, you all tau tak? Malam semalam Zouk kena serbu tau. Nasib baiklah I tak pergi.
ANALISA
Saya tertanya-tanya. Apakah tujuan filem ini merujuk Kelab Malam Zouk dalam pembikinannya? Filem ini ditayangkan di pawagam pada 11 Ogos 2005. Jarak masa di antara kes penangkapan Jeslina Hashim dan beberapa pemuda-pemudi Islam yang mabuk di Zouk berlaku pada bulan Februari 2005. Tidakkah kontroversi itu masih lagi panas?
Kebiasannya dalam sesebuah filem, kontroversi sensitif akan cuba dielakkan. Lebih-lebih lagi jika ia menjadi perbualan hangat dalam negara. Contohnya, selepas kes 11 September, filem-filem Hollywood yang mengandungi pemandangan World Trade Center yang musnah itu, terpaksa dilakukan pengeditan semula demi menjaga sensitiviti rakyat Amerika.
Kes filem-filem Hollywood dan Gol & Gincu mungkin berbeza, tetapi asasnya tetap sama. Bukan calang-calang perdebatan isu penangkapan Jeslina Hashim itu sampai menteri pun campur tangan. Akhirnya, yang menang Jeslina Hashim. Tak mengapa..yang menang tak semestinya betul.
Berbalik semula kepada filem Gol & Gincu. Pertama, apakah tujuan diwujudkan babak perbualan yang membicarakan tentang ada serbuan yang berlaku di Zouk? Adakah ia satu kebetulan atau sekadar satu kritikan bisu kepada petugas-petugas agama atau pun polis moral yang sibuk nak tangkap orang-orang Islam yang minum arak dan buat maksiat di kelab-kelab malam?
Kedua, apakah tujuan disiarkan pemandangan Kelab Malam Zouk walaupun dalam tempoh 15 saat sahaja, dan apakah tujuan Mia mengajak Putri pergi clubbing di sana? Adakah ia demi meracuni fikiran pemuda-pemudi yang menonton filem ini bahawa tidak ada salahnya kita pergi clubbing di kelab-kelab malam, termasuklah kelab malam Zouk? Adakah ia demi mengembalikan semula imej Zouk yang tercalar teruk selepas kes Jeslina?
Jika ya, siapa yang telah mengupah penerbit filem ini untuk mengiklan Zouk? Jika tidak, mengapa pula pengarah filem ini mengiklankan Zouk secara percuma? Tidak ada perkara yang percuma di dunia hari ini, lebih-lebih lagi dalam bidang bisnes.
Bagi saya, saya berpendapat ada semacam satu 'konspirasi halus' yang cuba untuk mencanai minda remaja kita kerana sasaran filem itu adalah golongan remaja. Konspirasi ini semacam bertujuan bahawa gaya hidup bebas, pergi clubbing tapi tak minum arak, dan berpeleseran malam-malam adalah sesuatu yang normal walaupun bagi seorang Muslim.
Jika wujud 'konspirasi halus' itu, saya tertanya-tanya: Siapakah pula yang mencetuskan konspirasi itu? Adakah ia akan sentiasa 'halus'?" "
|
|
Posted on Monday, September 26 @ 20:05:00 MYT by cbiru |
|
|
|
|
| |
|
Average Score: 3.66 Votes: 3

|
|
|
|
|
|
Associated Topics
 | | | | |
|
| | The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content. |
| | | | |
| No Comments Allowed for Anonymous, please register | | | | |
Re: Jeslina, Marina, Zouk, Gol & Gincu (Score: 1) by akuadalahaku on Tuesday, September 27 @ 00:44:41 MYT (User Info | Send a Message) http://www.yahoo.com | aku dah tengok filem ini sememangnya berkenaan zouk ni memang aku dah perasan entahlah cakap salah tak cakap lagilah salah
"semoga penat lelahku tak membutakan mata" |
| | | | |
Re: Jeslina, Marina, Zouk, Gol & Gincu (Score: 1) by pintaltali (tolaklintang@yahoo.co.uk) on Tuesday, September 27 @ 05:53:36 MYT (User Info | Send a Message) | | aku tak tengok lagi pelem nih kena tengok nih hehehe........ pergi site torrent jap..... hehehe |
| | | | |
Re: Jeslina, Marina, Zouk, Gol & Gincu (Score: 1) by nurdeey on Tuesday, September 27 @ 21:24:12 MYT (User Info | Send a Message) | aku lom nengok laie citer ni...pd hakikatnyer aku kureng berminat sket citer2 camni...pe pun...tahniah kpd sape2 yg dh nengok tu yer...sekurang2 nyer korang leh syer eksperien korang ngan aku...
p/s: ada sape laie yg dh tgk filem2 melayu kite yg lain bleh lah syer ek... |
| | | | |
Re: Jeslina, Marina, Zouk, Gol & Gincu (Score: 1) by crazique on Wednesday, October 12 @ 05:12:14 MYT (User Info | Send a Message) | | dah lah, takyah nak tafsir lebih2....
tgk je filem tu, enjoy, pastu lupakan je.
aku tak paham kenapa orang selalu kata filem2 yang menjadi pengaruh perangai buruk. apa, manusia zaman sekarang tak reti pikir ke? tgk filem, suka, n then ikut. manusia jenis apa tu? tak wujud la dalam dunia ni. apa yang kita buat semuanya pilihan kita sendiri, takyah nak salahkan pengaruh filem la, salahkan diri sendiri dulu, kita yang buat keputusan.
pasal konspirasi2 ni, hish, apa orang buat, saja je nak tafsir lebih2. cuba pikir skit, mana tau masa dok buat filem ni, dorg saja nak masukkan scene zouk tu, nak suka2, buat lawak ke, or just nak perli jeslina hashim tu. takde niat lain, just idea spontan. mana tau?
fikir sendiri la.
harap2 penulis artikel ni tak tersinggung, just memberi pendapat yang 'pedas' sikit.
boo-yah! |
| | | | |
Re: Jeslina, Marina, Zouk, Gol & Gincu (Score: 1) by basyir on Friday, September 30 @ 05:39:48 MYT (User Info | Send a Message) | BAGUS KE KALAU GITU.... TAK BAGUS KAN...
YG NAK PERJUANGKAN HAK KEBEBASAN WANITU TU PASAL APA... WANITA DAH CUKUP SEMPURNA KALAU IKUT LUNAS-LUNAS ISLAM YG SEBENARNYA
SENANG DAPAT PAHALA... SENANG MASUK SYURGA.. KALAU IKUT JALAN ISLAM
INSYAALLAH.... LAINLAH KITA KAUM LELAKI... SEMUA ATAS KEPALA KITA
BANYAK BETUL TANGGUNGJAWAB...
DAN MARINA.... TAK TAU SEMUA INI AGAKNYA.
|
| | | | |
Re: Jeslina, Marina, Zouk, Gol & Gincu (Score: 1) by hidir on Saturday, October 01 @ 02:03:55 MYT (User Info | Send a Message) | act aku dah nengok filem nih... tp bkn kat panggung ... sori a beb...
kat bilik jer .. tu pun pirate... member aku nyer ... ms aku tgk filem
nih ader byk mende yg aku x b'kenen.. esp ttg pakaian pelakon... mmg la
filem ni m'bariskan heroin-heroin yg lawa.. model 2 pun ader...
tp yg aku x tahan sgt bila diaorg nie suma dipakaikan dgn pakain yg x
sesuai ngan adab dan budaya timur ... fikir sendiri la... smpi aku
sendiri naik malu. dah la majoriti pelakon dier melayu ... time main
futsal lg la ... suma pakai shorts... x salah kan kalau pakai track
suite. psl zouk ni ni ..... fikir2 kan lah bersama...
k
|
| | | | |
Re: Jeslina, Marina, Zouk, Gol & Gincu (Score: 1) by sosimple on Wednesday, September 28 @ 08:47:23 MYT (User Info | Send a Message) | | kenapa x dibangkitkan persoalan nie dlm forum webkl mesti rmi yg bg respon...erm...setakat nih sy jarang bazir duit tgk citer melayu...sama ada cd or wayang...kalo tau pun sbb dgr member2 citer...bukan x nak tgk sbb last2nyer..kesimpulan yg selalu kita dpt memalukan diri kita balik...pengarah x sensitif dgn kead persekitaran...org kita yg nak menjthkn kita jugak mcm mana....kenapa x buat cerita yg tunjukkn kekuatan bangsa kita...huhuhu...kalo buat musti x laku kan...tp kalo dr barat...bohong 100% ..lawak bodoh giler pun kita bg support kan??? |
| | | | |
Re: Jeslina, Marina, Zouk, Gol & Gincu (Score: 1) by razy on Thursday, September 29 @ 04:48:45 MYT (User Info | Send a Message) | | Aku pun lom nengok ... tapi harap2 engko org tak terpengaruh dgn ZOUK tuu ... |
| | | | |
Re: Jeslina, Marina, Zouk, Gol & Gincu (Score: 1) by NAZATUL on Thursday, September 29 @ 05:11:50 MYT (User Info | Send a Message) | | AKU DAH TERTGK FELEEEM NIE.....TAK BORING LAAA...MEMANG LAA FELEEEM NIE LEBIH KE ARAH KEWANITAAN..MEMPERJUANGKAN NASIB WANITA......TAK BEST.... |
| | | | |
Re: Jeslina, Marina, Zouk, Gol & Gincu (Score: 1) by NAZATUL on Thursday, September 29 @ 05:12:30 MYT (User Info | Send a Message) | | AKU DAH TERTGK FELEEEM NIE..... BORING LAAA...MEMANG LAA FELEEEM NIE LEBIH KE ARAH KEWANITAAN..MEMPERJUANGKAN NASIB WANITA......TAK BEST.... |
| | | | |
Re: Jeslina, Marina, Zouk, Gol & Gincu (Score: 1) by nina_eiznie on Wednesday, November 30 @ 03:44:47 MYT (User Info | Send a Message) http://profiles.friendster.com/ninaeiznie | Erm..i dah baca hujah marina mahathir yang berapi2 masa awal penangkapan marina mahathir..
entah ler...i memang tak clubbing..tak pernah ..and tak akan...
tapi bila penulis kaitkan semula isu ini... rasanyer memang sengaja orang2 yang berduit ni..ingin meresapi minda jiwa muda mudi kita yang mudah terpengaruh...
betul jugak aper yang berlegar di fikiran penulis pon sedang berteka-teki dalam fikiran i...
Isu panas nie...
tapi terlewat baca..hehehe
|
| | | | |
Re: Jeslina, Marina, Zouk, Gol & Gincu (Score: 1) by fantasy_michi on Friday, May 05 @ 12:20:37 MYT (User Info | Send a Message) | saya dah tgk dah cita ni tapi maaflah sebab saya x peka dengan aper yang dibangkita dlm cita ni, saya just tgk plot and moral of the stiry je... pakaian2 tu saya abaikan sbb mls nak pk...
tp bab clubbing tu, x sesuai gak sebenarnya, apsallah depa x ajak gi masjid sesama ka? knp mst clubbing? kalo x nak masjid pon library ke, kan depa dua tu student? |
| | | | |
Re: Jeslina, Marina, Zouk, Gol & Gincu (Score: 1) by eilazkl on Friday, May 05 @ 21:21:52 MYT (User Info | Send a Message) | | dunno what to say... just, jgn pandang negatif saja... pk yg positif dah lee... kalu org yg wat filem ni ada propaganda lain... tu, terpulang pd diorang sendirik aaa... kubur lain2... |
| | | | |
|